KEADAAN suhu rendah yang melanda di kebanyakan kawasan di
negeri ini dijangka akan berakhir pada hujung Februari ini.
Pegawai Kajicuaca Jabatan Meteorologi Pahang, Norain Faras
Aina Ismail ketika dihubungi Teganukita, berkata fenomena suhu sejuk yang
melanda beberapa tempat di negara ini adalah fenomena biasa.
“Suhu udara sejuk daripada biasa yang dirasai di kebanyakan
tempat, terutamanya di kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung sejak
pertengahan bulan lalu adalah disebabkan tiupan angin Timur Laut yang agak
kencang.
“Sebenarnya keadaan suhu rendah ini pernah berlaku di
beberapa tempat sebelum ini tetapi mungkin di kawasan tertentu ia baru berlaku. “Tiupan angin ini datangnya dari tanah besar China yang pada
ketika ini sedang mengalami musim sejuk. “Disebabkan tiupan angin ini sangat kuat dan mengenai
keseluruhan negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia jadi kerana ini
negeri-negeri ini berkeadaan lebih sejuk berbanding negeri di Pantai Barat,”
katanya.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan
kedinginan ini keadaan cuaca masih berada di tahap yang baik dan ianya dijangka
akan kembali normal pada akhir bulan ini. Sementara itu, tinjauan Teganukita di beberapa tempat di
Setiu mendapati walaupun matahari memancar pada waktu tengahari namun bacaan
suhu tidak meningkat iaitu sekitar 19 dan 20 darjah celcius.
No comments:
Post a Comment