INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Logo & Bendera Sekolah

Logo Sekolah

Keterangan Logo :

Simbol obor dan cahaya : semangat yang membara dalam jiwa warga sekolah samada guru yang sentiasa bersemangat mencurahkan ilmu kepada murid-murid serta semangat murid yang sentiasa menyala untuk menuntut ilmu.

Dua buah buku : Lambang yang perlu dicari oleh murid-murid. Di dalam buku yang digunakan oleh murid-murid mengandungi ilmu dalam pelbagai bidang.

Roda bergear : Melambangkan sains dan teknologi yang perlu diterokai oleh murid-murid.

Bentuk Segitiga : Semangat jitu yang menjurus kepada satu matlamat untuk menuju kejayaan.

Warna Putih : Kesucian, ketulusan hati dan kebersihan diri. Kesucian dan kebersihan ini adalah simbolik dalam aspek jasmani dan rohani semua warga sekolah.

Warna Biru : Kesatuan dan perpaduan. Ini adalah lambang penyatuan jiwa di kalangan semua individu yang terdapat di sekolah. Murid-murid diterapkan unsur-unsur kesepaduan ini ke arah membentuk sebuah sekolah yang cemerlang baik dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum,

Warna Kuning : Melambangkan kedaulatan sultan yang menjadi penaung negeri. Setiap rakyat perlu mentaati pemerintah dan penaung negeri untuk kesejahteraan negara.

Warna Hitam : Kesulitan dan kepayahan dalam meniti kehidupan untuk mencapai kejayaan. Ia memerlukan kegigihan, ketabahan, ketetapan hati dan semangat yang jitu bagi memastikan kejayaan dapat dicapai.


Bendera Sekolah

Bendera Sekolah

    Bendera Sekolah Kebangsaan Tembila mengandungi dua warna iaitu warna putih dan biru. Kedua-dua warna ini melintang pada bendera sekolah. Di tengah-tengah warna putih terdapat logo sekolah.

Warna Putih

Warna putih pada bendera ini bermaksud kesucian dan kebersihan. Kesucian dan kebersihan ini adalah simbolik dalam aspek jasmani dan rohani semua murid yang telah, sedang dan akan menimba ilmu di sini. Semua pendidik yang diamanahkan mendidik di sekolah ini akan memastikan murid-murid dengan aspek kesucian dan kebersihan ini pada sepanjang masa.

Warna Biru

Warna biru pada bendera ini pula bermaksud kesatuan dan perpaduan. Kesatuan dan perpaduan ini adalah lambang penyatuan jiwa di kalangan semua individu yang terdapat di sekolah ini. Baik di kalangan guru, kakitangan sokongan, pekerja swasta dan juga murid-murid adalah senantiasa menerapkan unsur-unsur kesepaduan ini ke arah membentuk sebuah sekolah yang cemerlang baik dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum.