INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Sejarah Sekolah

ASAL USUL NAMA SEKOLAH

Nama Sekolah Kebangsaan Tembila mengambil sempena nama kanpung Tembila. Tembila bermaksud sejenis perangkap ikan (temilar/tembilar) yang digunakan oleh orang kampung untuk menangkap ikan di sungai.

LOKASI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tembila berada di tengah-tengah Kampung Tembila. Kampung yang berhampiran dengan sekolah ini ialah Kampung Bukit Tanah, Kampung Gong Medang dan Kampung Pengkalan Kubur. Jaraknya dengan Pusat Pentadbiran Besut, Kampung Raja ialah 10 kilometer dan jarak dengan bandar Jerteh ialah 18 kilometer. 

TARIKH PERASMIAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tembila telah dibuka dengan rasminya pada 27 Jun 1947 oleh En. Kamaruddin bin Hj. Idris (MCS, Deputy Resident Commisioner Daerah Besut).

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Pada pertengahan tahun 1938, sebuah sekolah telah didirikan di kampung Tembila. Mereka memainkan peranan di sebalik pnubuhan sekolah ini ialah Allahyarham En. Ishak bin Sulaiman (Pemangku Penghulu Mukim Tembila dan Keluang), Allahyarham En. Kundor b. Merah (Ketua Kampung Tembila) dan Allahyarham Komeng bin Awang, seorang yang sangat berpengaruh pada masa itu.

Guru pertamayang bertugas di sekolah ini ialah En. Absul Rahman bin Hj. Salleh. Seramai 15 orang murid dapat dikumpulkan pada masa itu. Setiap murid dikenakan yuran sebanyak 50sen dan segantang beras bagi setiap bulan. Namun begitu, disebabkan faktor sosial dan ekonomi serta kurangnya kesedaran di kalangan ibu bapa, sekolah ini terpaksa ditutup setelah setahun beroperasi.

Walaubagaimanapun, atas kesedaran beberapa pihak termasuklah En. Wan Abdul Latif bin Salleh ( Penghulu Mukim Tembila dan Keluang), En. kundor bin Merah (Ketua Kampung Tembila) dan En. Mohd Affendy bin Doren (OCCP Daerah Besut) sekali lagi Sekolah Melayu Tembila ditubuhkan pada tahun 1945.

Dengan kerjasama dan bantuan daripada orang-orang tahanan dari penjara Balai Polis Daerah Besut (Kampung Raja), sebuah bangunan berjaya disiapkan. Sekali lagi En. Abdul Rahman bin Hj. Salleh telah dineri kepercayaan untuk mengajar di sekolah ini. Seramai 35 orang murid telah berjaya dikumpulkan termasuklah lelaki dan perempuan. Yuran yang dikenakan ialah 50sen dan segantang beras bagi setiap murid.

Matlamat utama pendidikan pada masa ini ialah untuk menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu juga, murid-murid diwajibkan menyanyikan lagu-lagu Jepun. Menjelang tahun 1944, jumlah murid di sekolah ini meningkat kepada 50 orang. Mereka belajar dari darjah 1 hinggalah darjah 3.

Dalam masa yang sama, kelas-kelas malam turut diadakan khususnya untuk orang dewasa bagi membasmi buta huruf. Walaupun kelas ini hanya bertahan selama 3 bulan sahaja, namun ianya telah memberi gambaran bahawa penduduk di kampung ini telah sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Atas desakan kemiskinan, sekali lagi pada tahun 1945, Sekolah Melayu Tembila terpaksa ditutup.

Sekolah Kebangsaan Tembila telah ditubuhkan semula pada 27 Jun 1947 dan dirasmikan oleh En. Kamaruddin bin Hj. Idris (MCS, Deputy Resident Commissioner Daerah Besut). Turut serta dalam majlis itu ialah En. N Rees ( pegawai Pelajaran Tinggi Terengganu).

Bangunan asal yang berukuran 40x20 kaki tidak lagi dapat menampung bilangan murid yang semakin meningkat. Sebuah lagi bangunan yang berukuran 20x20 kaki telah didirikan. Ianya telah didirikan pada tahun 1949 tetapi menjelang tahun 1952, bangunan ini telah disambung lagi menjadikan keluasannya 75x25 kaki. Pada tahun 1955, sebuah bangunan yang berukuran 90x22.5 kaki telah didirikan oleh Pejabat Pelajaran Terengganu.

Oleh kerana penambahan murid-murid kian meningkat dari setahun ke setahun, maka bangunan asal tidak lagi dapat menampung jumlah murid tersebut. Pihak Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah  sentiasa berbincang dan mencari jalan bagi mengatasi masalah kekurangan bangunan bilik darjah. Hasil daripada desakan, permintaan dan rayuan pihak sekolah, maka beberapa blok bangunan telah ditambah dari masa ke semasa.

CATATAN PENTING PERKEMBANGAN SEKOLAH