INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Sunday 2 February 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMBILA BERSELAWAT

Pada Khamis, 29 Januari 2014 bersamaan 27 Rabiatul Awal 1435H telah berlangsungnya Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah. Majlis bermula dengan murid-murid berkumpul di dewan sekolah mengikut rumah masing-masing bagi mengikuti pertandingan Berselawat. Selepas itu, perarakan bermula dari perkarangan sekolah ke Pasar Pekan Sari Tembila sejauh 500m. Acara diteruskan dengan ceramah Maulidul Rasul dan Kuiz spontan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizal bin Zainal Abidin. Seterusnya diadakan pertandingan Mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan Melukis Poster bagi tahap 2. Majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan tepat jam 12.00 tengahari.


Rumah Biru berselawat
perarakan bermula
Perarakan berkumpul di Pasar Pekan Sari, Tembila
Perarakan bergerak pulang ke sekolah
Ceramah dan kuiz oleh Ustaz Mohd Faizal
Pertandingan mewarna dan melukis
Majlis Penyampaian hadiah 

No comments: