INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Thursday 7 February 2013

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SK Tembila

Khamis, 7 Feb. 2013 - Sambutan Maulidul Rasul peringkat SK Tembila telah berjaya dilaksanakan pada hari khamis, 7 Februari 2013. Sambutan dengan tema Wassatiah Tonggak Perpaduan Ummah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh. Selepas itu, perarakan yang disertai oleh kontinjen rumah sukan bergerak menuju ke kawasan pasar Pekan Sari sejauh 0.5km dengan alunan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. 
     Semasa di pasar Pekan Sari, sekali lagi selawat ke atas nabi dialunkan oleh guru-guru dan murid-murid sebelum kontinjen bergerak balik ke sekolah. Selepas berehat selama 1 jam, majlis diteruskan dengan alunan Khasidah oleh murid-murid lelaki dan bacaan sajak oleh adik Nur Izzati. Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidul Rasul oleh penceramah jemputan dari SK Kampung Baharu iaitu Ustaz Mohamad bin Shamsuddin.
Majlis berakhir pada jam 12.45 dengan sedikit jamuan guru.

Ucapan aluan oleh tuan Guru Besar

murid-murid mendengar ucapan


Kontinjen rumah Kuning

Perarakan bermula

Kontinjen rumah Biru

Kontinjen rumah Hijau

Kontinjen rumah Merah
Alunan Khasidah


Bacaan sajak oleh Nur Izzati

Ceramah Maulidul Rasul

Alunan Khasidah oleh penceramah