INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Friday 15 February 2013

Gotong-Royong Perdana 'Besut Clean Up Day'

Jumaat, 15 Feb. 2013 - Warga Sekolah Kebangsaan Tembila tidak ketinggalan untuk menjayakan program terbesar di daerah Besut iaitu program BESUT CLEAN UP DAY. program ini membabitkan penyertaan penduduk setempat, kakitangan kerajaan, sukarelawan , guru, pelajar dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini. program ini bertujuan menceriakan sekitar daerah Besut terutama di pusat pelancongan, tempat awam, kawasan perumahan dan perkampungan, pejabat kerajaan dan swasta, tanah perkuburan, masjid dan pekan.

Program yang melibatkan semua guru dan murid-murid tahap 2 dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh. Selepas itu, barulah program gotong-royong dilaksanakan dengan pembahagian kumpulan dan tempat.

Program berakhir pada jam 11.00 pagi dengan sedikit jamuan kepada guru-guru dan murid-murid.

Guru-Guru & Murid-murid berkumpul di dewan sekolah

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar
Murid-murid mendengar ucapan


Gotong-royong bermula







Jamuan murid-murid

No comments: