INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Sunday 24 February 2013

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah

Ahad, 24 Februari 2013 - Pagi tadi telah berlangsungnya majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah. Majlis dimulakan selepas selesainya perhimpunan mingguan dengan ucapan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh.

   Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh wakil Ketua Polis Daerah Besut iaitu Sarjan Mazlan bin Md. Rani daripada IPK Besut. Banyak maklumat-maklumat berkaitan disiplin dan jenayah di Besut dikongsi oleh Sarjan Mazlan. Selepas itu, sesi pemberian watikah kepada semua pengawas sekolah oleh Sarjan Mazlan yang diiringi oleh tuan Guru Besar. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.


Ucapan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh

Ucapan Perasmian oleh Sarjan Mazlan bin Md. Rani

Pengawas bersiap sedia untuk menerima watikah
Watikah diberikan kepada Pengawas Sekolah


Watikah diberikan kepada Pengawas Pusat Sumber

Watikah diberikan kepada Pembimbing Rakan Sebaya

Sedikit cenderahati kepada tetamu sekolah

No comments: