INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Sunday 24 February 2013

Larian Cergas Merentas Desa peringkat Sekolah

   Pada hari Khamis, 24 Februari telah diadakan Larian Cergas Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Tembila. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dimulakan dengan murid-murid berkumpul di dewan sekolah. Selepas itu, murid-murid diberi kata-kata semangat oleh Guru Kaunseling iaitu Pn. Junaidah dalam program motivasi kecerdasan. 

    Murid-murid selepas pada itu bergerak ke perkarangan Pasar Pekan Sari Tembila yang dijadikan tempat permulaan dan penamat larian murid-murid. Sebelum larian bermula, sedikit taklimat diberikan dan aktiviti senamrobik diketuai oleh Pn. Roziana. tepat jam 9.00 pagi, murid-murid memulakan larian dengan pelepasan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh. Demi menjaga keselamatan murid-murid, pihak sekolah telah menjemput Pasukan PDRM daripada IPD Kg. Raja dan RELA dibantu oleh AJK PIBG sekolah.

    Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh GPK 1, En. Che Yusoff bin Che Man, GPK Kokurikulum, Pn. Laila bt. Mat Sulaiman dan Pengerusi PIBG SK Tembila, En. Mazuki bin Husin. Dalam program larian ini, rumah KUNING mengungguli dengan menjadi juara keseluruhan. Tahniah kepada semua pemenang.









Sila layari Facebook Rasmi sekolah untuk gambar penuh..

No comments: