INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Sunday, 31 March 2013

Calon Anugerah Puteri Islam Cemerlang peringkat kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Izzati bin Hj. Roslan (6A1) kerana telah dicalonkan Anugerah Puteri Islam Cemerlang peringkat kebangsaan di Ijtima Penarafan Puteri yang telah diadakan di Cheras, Kuala Lumpur pada 25~28 Mac 2013. Adik Nur Izzati juga satu-satunya calon dari negeri Terengganu. Pada bulan 5 nanti, adik Nur Izzati sekali lagi akan bertanding dalam katagori yang sama yang akan diadakan di negeri Perlis Indera Kayangan. Semoga doa mengiringi kejayaan beliau.

Sunday, 24 March 2013

Selamat Bercuti Sekolah

Selamat bercuti sekolah Pertengahan Penggal Semester Pertama 2013 kepada semua guru dan murid-murid SK Tembila selama seminggu... Diharap dapat memanfaat cuti yang diberi..

Tahniah.. Pingat Emas untuk Sekolah...


Tahniah diucapkan kepada atlet SK Tembila yang telah berjaya memenangi pingat Emas dalam acara 4x200m lelaki 12 tahun pada Kejohanan Padang dan Balapan MSSD Besut kali ke 44 yang diadakan di Padang SMK NAsirudin Shah pada 21 Mac 2013. Tahniah juga diucapkan kepada atlit perempuan yang mendapat tempat ke-5 dalam acara 4x200m perempuan 12 tahun MSSDB.

Pingat Emas acara 4x200m lelaki 12tahun MSSDB kali ke 44/2013.
Peserta :
1. AHMAD HARIZ SYAKIR BIN AIDI
2. MUHAMMAD IQMAL DANIAL BIN MOHD JASMIN
3. MUHAMMAD HALIF BIN JUSOH
4. MUHAMMAD ZULIZHAN BIN ZULKIFLEE
Tempat ke 5 acara 4x200m perempuan 12tahun MSSDB kali ke 44/2013.
Peserta :
1. NOR HAZIRAH BT HASHIM
2. NUR SHAHILA BT MOHD SAUFI
3. NURUL SYAMIMI BT MOHD ASRI
4. RAJA NURUL AMYSYA BT RAJA HARON

Terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha dan mengorbankan masa dan tenaga untuk melatih altet-atlet sekolah.






Tuesday, 19 March 2013

Tahniah.. Pasukan Bola Tampar Sekolah

Pasukan Bola Tampar SK Tembila
Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Tampar sekolah (Lelaki dan Perempuan) kerana telah menjadi naib johan dalam kejohanan Bola Tampar MSS Zon Kota Putera bawah 12 tahun. Kejohanan tersebut telah diadakan di SK Kampong Raja pada 14~17 Mac 2013. Walaupun tewas di peringkat akhir, pasukan sekolah telah melayakkan diri untuk mewakili Zon Kota Putera ke peringkat MSS Daerah Besut... Semoga terus berjaya..

Monday, 18 March 2013

Ujian Transformasi 1 bagi Tahap 2.

Pada 18 hingga 20 Mac 2013 berlangsungnya Ujian Transformasi 1 yang melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sebelum bermulanya cuti sekolah . Ujian ini hanya melibatkan subjek-subjek teras iaitu Bahasa Melayu Pemahaman & Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Semoga dapat menjawab soalan sebaik yang mungkin.

Tuesday, 12 March 2013

Program Temu Murni Ibu Bapa Pelajar Tahun 6


Program Temu Murni Ibu Bapa Pelajar Tahun 6 telah diadakan pada hari Isnin, 11 Mac 2013 bertempat di dewan sekolah. Taklimat program telah disampaikan oleh Cg. Abdullah bin Che Su selaku Penyelaras UPSR diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh. Selepas itu, barulah para ibu bapa bertemu dengan guru-guru yang mengajar tahun 6 bagi mengetahui perkembangan & prestasi pembelajaran anak-anak mereka. Selepas itu, program diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

Latihan Pasukan Coral Speaking Sekolah ke Pertandingan Smart English


Selamat Berjuang Pasukan Coral Speaking Sekolah dalam pertandingan Smart English di SK Keluang esok.

Mesyuarat Pelarasan Kejohanan Sepak Takraw MSSZKP


Sunday, 10 March 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013

Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini telah diadakan pada hari Khamis, 7 Mac 2013. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh diikuti ucapan oleh Pengerusi PIBG SK Tembila. Majlis telah dirasmikan oleh Adun Kota Putera, YB Mohd Pehimi bin Yusof. PAda majlis ini juga disampaikan cenderahati kepada murid-murid Cemerlang UPSR 2012 dan juga diserikan dengan cabutan bertuah.
Para Ibu Bapa yang hadir
Ketibaan YB Mohd Pehimi b. Yusof
Ucapan oleh Guru Besar
Pemberian Cenderahati kepada murid Cemerlang UPSR 2012
Ucapan oleh YB Adun Kota Putera
Gambar penuh, sila layari FACEBOOK rasmi SK Tembila.