INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Sunday 30 August 2015

30 OGOS 2015- SAMBUTAN DI AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada pagi Ahad, 30 Ogos 2015 telah diadakan Majlis di Ambang Kemerdekaan 2015 bertempat di Dataran Perhimpunan SK Tembila. Majlis dimulakan seperti biasa dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Sekolah. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Laila binti Mat sulaiman. Selepas itu, Alunan deklamasi Sajak Kemerdekaan oleh adik Anis daripada kelas 6A1. untuk menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan, Nyanyian 4 buah lagu iaitu Keranamu Malaysia, Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Lagu tema Kemerdekaan 2015 #Sehati Sejiwa dialunkan oleh warga Sekolah Kebangsaan Tembila. Maljis diakhiri dengan laungan MERDEKA diketuai oleh guru-guru Praktikum.

Ucapan aluan oleh GPK 1, Pn. Laila binti Mat Sulaiman
Bacaan sajak Kemerdekaan oleh adik Anis
Nyanyian lagu Jalur Gemilang










Nyanyian lagu tema Sehati Sejiwa

Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia
Nyanyian lagu Tanggal 31

Laungan MERDEKA oleh Guru Praktikum

No comments: