Program Klik dengan Bijak telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tembila pada hari Ahad, 25 Mei 2014. Program ini adalah anjuran oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zon Wilayah Timur. Sekolah Kebangsaan Tembila cukup bertuah kerana hanya terpilih di dalam daerah Besut oleh SKMM untuk membuat program ini. Program ini bermula jam 10.30a.m hingga 1.15p.m melibatkan penyertaan murid seramai 80 orang.Pelbagai aktiviti didedahkan kepada peserta yang mengambil bahagian.
Hanya dengan satu klik, segala keperluan harian dapat dilakukan dalam sekelip mata. Namun begitu, penggunaan Internet juga boleh mendatangkan keburukan sekiranya ia disalahgunakan. Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan sebuah Kempen Klik Dengan Bijak pada 1 Julai 2012.
Konsep Klik Dengan Bijak adalah berdasarkan kepada Rukun Negara ‘kesopanan dan kesusilaan’ yang selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998.
Matlamat ini bertujuan membina sebuah masyarakat bertamadun, memupuk kandungan kebudayaan masyarakat tempatan, memastikan keuntungan untuk jangkamasa yang lama kepada pengguna, memupuk keyakinan pengguna dan mewujudkan persekitaran aplikasi yang kuat dan sihat.
KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR SEKITAR PROGRAM
KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR SEKITAR PROGRAM
No comments:
Post a Comment