INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Monday 28 April 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH

Pada 21 hingga 23 April 2014 telah diadakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya melibatkan seramai 109 orang pengawas. Kem tersebut telah diadakan di Kem Sri Tembila, Besut, Terengganu. Kem ini telah dirasmikan oleh Mejar Rosini bin Haji Mahmod selaku Penolong Pegawai Pemerintah, Kem Batalion ke-2 Rejimen 512(AW), Kem Sri Tembila. 
Antara program-program yang diterapkan adalah antaranya LDK, Latihan Kawad Kaki, Malam Persembahan dan Night Trekking yang diuruskan oleh pihak kem. Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu oleh Timbalan YDP ABIM cawangan Besut, Ustaz Mohd Syakir bin Soffian yang juga merupakan seorang guru. Program yang ditunggu-tunggu adalah pameran senjata, iktihar hidup dan suasana tentera di medan perang yang dikelola oleh pihak kem. 

Majlis penutup telah diadakan pada hari akhir kem dan dirasmikan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Saleh. Dalam ucapan beliau, beliau berharap pada tahun akan datang, kem-kem seperti ini akan diadakan lagi di kem Sri Tembila kiranya mendapat persetujuan daripada pihak kem. program berakhir pada jam 1 petang dengan diakhiri sesi bergambar beramai-ramai.
Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan rumah Kem Sri Tembila, para jurulatih, fasilitator, dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kem Kepimpinan Pengawas-Pengawas Sekolah sesi 2014.

Guru Besar menandatangani sijil penyertaan peserta
Sesi Pendaftaran
Taklimat oleh Pen. Pegawai Pemerintah Kem, Mejar Rosini
Latihan Kawad Kaki
Ceramah Motivasi oleh Timbalan YDP ABIM, Ustaz Syakir Soffian
Riadah petang
Latihan Dalam Kumpulan
Persembahan Malam
Night Trakking
Latihan Kawad Kaki

Pameran Persenjataan
Demostrasi Ikhtihar Hidup
Lawatan ke tapak Latihan Tentera
Posing oleh guru-guru SK Tembila


Bacaan ikrar Pengawas semasa majlis Penutup
Bergambar kenangan bersama Pegawai Pemerintah Kem
KLIK UNTUK GAMBAR SEKITAR PROGRAM
HARI PERTAMA
HARI KEDUA
HARI KETIGA

No comments: