INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Monday 11 November 2013

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

     

        Pada hari Isnin, 11 November 2013 telah diadakan dengan meriahnya majlis Anugerah Kecemerlangan 2013 bertempat di Dewan Gemilang SK Tembila. Majlis bermula dengan ketibaan Setiausaha Penyelaras DUN Kota Putera dan seterusnya bacaan Al-Quran yang dialunkan oleh adik Mukhlis bin Ab'llah. Selepas itu, bacaan doa dibacakan oleh ustaz Wan Mohd Roji dan ucapan alu-aluan oleh tuan Guru Besar, Tuan Haji Othman bin Saleh.  
        Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Abdul Halim bin Harun, Setiausaha Penyelaras DUN Kota Putera selepas sahaja selesai mendengar amanat daripada beliau. Selepas itu, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kecemerlangan yang disampaikan oleh tetamu jemputan dan pentadbir sekolah dan hadirin dipertontonkan dengan persembahan-persembahan menarik oleh murid-murid SK Tembila. Acara kemuncaknya ialah penyampaian Anugerah Khas yang disampaikan oleh En. Abdul Halim bin Harun, Setiausaha Penyelaras DUN Kota Putera.
       Antara penerima Anugerah Khas adalah Seperti berikut :

~ ANUGERAH KHAS MURID CEMERLANG AKADEMIK :
Muhammad Bahari bin Ali
~ ANUGERAH KHAS MURID CEMERLANG KOKURIKULUM (L) :
Ahmad Hariz Syakir bin Aidi

~ ANUGERAH KHAS MURID CEMERLANG KOKURIKULUM (P) :
Raja Nurul Amysya binti Raja Harun

~ ANUGERAH KHAS MURID CEMERLANG SAHSIAH :
Muhammad Najmi Naim bin Azhar

~ ANUGERAH KHAS TUNAS HARAPAN SEKOLAH :
Muhammad Noor Amirul bin Zarawi

~ PENGHARGAAN KHAS TOKOH MURID 2013 :
Nur Izzati binti Roslan

        Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada DUN Kota Putera, PPD Besut, YDP dan AJK PIBG SK Tembila, Warga SK Tembila dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini.

Para jemputan mendaftar di kaunter Pendaftaran
Pengacara Majlis, Pn. Siti Norma dan Pn. Ramlah
Dif-dif jemputan bersama pentadbir
Bacaan Al-Quran oleh adik Muklis bin Ab'lah
Ucapan aluan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Salleh
Ucapan perasmian oleh Setiausaha Penyelaras DUN Kota Putera
Persembahan Gerak Tari 1 Malaysia oleh murid Pra Sekolah
Deklamasi sajak oleh adik Nur Izzati binti Roslan
Persembahan Tiupan Rekorder oleh murid tahun 3
Persembahan Tarian Zapin 
Persembahan tarian buluh oleh murid tahun 6
Persembahan nasyid Maal Hijrah 
Anugerah Khas Murid Cemerlang Akademik


Anugerah Khas Murid Cemerlang Kokurikulum ( lelaki )
Anugerah Khas Murid Cemerlang Kokurikulum (perempuan)
Anugerah Khas Murid Cemerlang Sahsiah
Anugerah Khas Tunas Harapan Sekolah
Pengahargaan Khas ~ Tokoh Pelajar 2013
Penyampaian Cenderahati kepada SU Penyelaras Adun Kota Putera
Penyampaian Cenderahati kepada YDP PIBG SK Tembila
Gambar Penerima Hadiah, KLIK DISINI
Gambar sekitar majlis, KLIK DISINI

No comments: