INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Sunday 8 September 2013

Majlis Restu Ilmu UPSR bersama PIBG

Ahad, 8 September 2013 :- Majlis Restu Ilmu Calon-Calon UPSR bersama PIBG telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh AJK PIBG SK Tembila bagi sama-sama memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada calon-calon UPSR 2013 untuk menghadapi peperiksaan itu nanti. Majlis yang dipengerusikan oleh Pn. Roziana dimulakan dengan ucapan wakil PIBG iaitu Pn. Norhayati. Selepas itu, majis diteruskan dengan ucapan oleh Penyelaras UPSR, En. Abdullah dan ucapan oleh wakil Guru Besar iaitu daripada GPK HEM, Pn. Laila bt. Mat Sulaiman.
Acara terakhir majlis ialah pemberian sedikit cenderahati oleh PIBG kepada guru-guru SK Tembila yang disampaikan oleh calon-calon UPSR. Seterusnya majlis suapan pulut kuning kepada calon-calon UPSR, simbolik kepada restu ilmu yang disuap oleh barisan pentadbir dan wakil PIBG SK Tembila.

Ucapan oleh Wakil PIBG, Pn. Norhayati
AJK PIBG yang hadir
Calon-calon UPSR 2013
Barisan guru-guru SK Tembila

Ucapan oleh Penyelaras PIBG, En. Abdullah
Ucapan wakil Guru Besar oleh GPK HEM, Pn. Laila bt. Mat Sulaiman
Pemberian cenderahati
Pemberian cenderahati
Pemberian cenderahati
Pemberian cenderahati
Pemberian cenderahati
Pemberian cenderahati

Pemberian cenderahati

Pemberian cenderahati
Suapan Pulut Kuning oleh GPK 1

Suapan pulut kuning oleh GPK HEM
Suapan pulut kuning oleh GPK Ko Kurikulum
Suapan pulut kuning oleh Penyelaras UPSR
Suapan pulut kuning oleh Ustaz Mohd Roji
Suapan pulut kuning oleh wakil PIBG


No comments: