INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Saturday 18 May 2013

Meriahnya Sambutan Hari Guru

Tanggal 16 Mei 2013 merupakan detik bersejarah buat guru-guru di SK Tembila kerana pada tarikh tersebut telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa, bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Terengganu dan seterusnya yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Saleh. Majlis diteruskan dengan Nyanyian Kami Guru Malaysia dan bacaan ikrar

Selepas itu, pemberian cenderahati Pengawas Sekolah kepada guru-guru, acara persembahan murid iaitu koir dan joget Terengganu diikuti oleh persembahan guru-guru SK Tembila iaitu bacaan sajak dengan kelainan pelbagai bahasa dan Joget Pabila Larut Malam.

Majlis diteruskan lagi dengan Acara Sukaneka Warga SK Tembila yang memang mencuit hati murid-murid. Murid-murid disajikan dengan acara guru iaitu Balingan Kelapa, Boling Kelapa dan Balingan Kasih Sayang. Selepas itu, acara diteruskan dengan program penyampaian hadiah untuk acara sukaneka, pemberian Cenderahati dan pertukaran hadiah. Majlis tamat pada pukul 2.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program Sambutan Hari Guru yang cukup meriah ini.

Gambar penuh : Layari FACEBOOK rasmi SK Tembila


Pentadbir bersama Pengerusi PIBG

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Roji


Bacaan Perutusan oleh GPK 1

Ucapan oleh Ketua Pengawas



Ucapan oleh Guru Besar

Bacaan Ikrar Guru

Hadiah Anugerah Khas

Guru Besar memotong kek Hari Guru

Jamuan

Balingan Kelapa

Boling Kelapa

Majlis Pertukaran Hadiah

Persembahan Koir oleh Pengawas Sekolah

Tarian Joget Terengganu
Joget Guru Sporting

Deklemasi Sajak pelbagai Bahasa

No comments: