INFO TERKINI 2020:: SEKOLAH DITUTUP DISEBABKAN PANDEMIK COVID-19 MULAI 18 MAC 2020 HINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.. #stayhome #kitajagakita ::

Monday 15 April 2013

Majlis Penyampaian Medal & Sijil oleh Guru Besar


 Ahad, 14 April 2013 - Satu majlis ringkas penyampaian medal dan sijil kepada atlet Bola Tampar, Sepak Takraw dan Hoki telah diadakan semasa berlangsungnya perhimpunan mingguan sekolah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Othman bin Saleh. 

Dalam ucapan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada atlet sekolah dan menghargai sumbangan para jurulatih mengorbankan masa bersama keluarga demi kejayaan pasukan sekolah. Beliau juga mengharapkan kejayaan demi kejayaan menjelma dalam setiap pertandingan yang disertai.

Pasukan Bola Tampar sekolah
Pasukan Sepak Takraw sekolah
Pasukan Hoki sekolah
Pasukan Hoki Sekolah

No comments: